Jun 13, 2016

Menggangur dah masuk sebulan

Assalamualaikum...
Dah bersawang blog ni..masih wujud, tapi tak aktif.
ingat dulu berblog masa 2009, masa tu tingkatan tiga. sekarang dah 22 tahun. cepatnya masa berlalu, zaman sekolah dah habis, ni zaman belajar  dekat universiti pon dah habis.


Alhamdulilah aku baru sahaja menamatkan pelajaran di peringkat ijazah, sekarang dah menjadi penggangur selama sebulan. InsyaAllah kalau ada rezeki bekerja lepas raya. sekarang nak rehat puas-puas dulu. Graduasi  pada bulan Ogos nanti, tak sabar nak grad, nak happy kan ma dan ayah. Belajar 4 tahun dekat  UNITEN , banyak kenangan manis pahit aku tempuh. Dan semestinya akan ingat semua kenangan manis. kenangan pahit tu memang tak nak ingat sampai bila-bila.


Pasti akan merindui zaman belajar, adik-adik yang baru nak masuk belajar ni, gunalah peluang masuk 'U' dengan aktiviti yang berfaedah dan aktifkan diri. before habis belajar aku dapat rasa semua. Masuk kelab, jadi board. Lepas tu join jadi Fasilitator. Kalau nak cakap aktiviti dan program tak terkira aku join. Semua tu amat berharga buat aku. Kalau tak aktif aku akan cakap dia sangat rugi, sebab habis belajar nanti anda tidak akan rasa macam masuk u nanti. So cecepat grab peluang tu.  ya akademik juga penting , jadi seimbang dua-dua. Jangan terlampau aktif sampai lupa pelajaran.

Akhir kata yang mana student lagi, selamat menempuh cubaaan dan dugaan sebagai mahasiswa. yang penggangur macam aku cecepat cari kerja dan cari duit. Hahahaha



p/s: InsyaAllah akan update travel di Medan coming soon

1 comment:

Yowanda Erlangga said...

Kunjungan di sini,
kunjungi blog aku ya Bandarq Online terpercaya dan http://tapike.com