Dec 27, 2017

YEAR END GIVEAWAY BY HUSNIEYHUSAIN

 http://kebaikankeindahan.blogspot.my/2017/12/year-end-giveaway-by-husnieyhusain.html

Salam, baru hari ini dapat buka blog, rindunya nak menulis, harini balik sekejap sahaja ke rumah, baru balik dari penang semalam. Hari ini jugak dah kena naik Cameron sebab ekspo tak habis lagi. Pergi Penang selama 4 hari pun sebab kenduri kahwen member, dah book awal2 tarikh tu. Yeah tengok-tengok reading list ada contest yang best. Jadi nak join Year end giveaway by Husnieyhusain.

Hadiah mestilah menarik, kalau nak tahu KLIK SINI .Year end giveway ini berlangsung dari 23 Disember sehingga 5 Januari 2018. Pemenang akan dipilih secara random oleh penganjur. Jom ramai-ramai memeriahkan giveaway ni.

Dec 13, 2017

Karnival Cuti Sekolah di Cameron Square Cameron Highland


This photo of Cameron Square is courtesy of TripAdvisor

Salam semua,
Kebelakangan ini saya tak dapat nak menulis kerana sibuk bekerja di Ekspo selama sebulan. Kalini team kami meniaga di Ekspo Cameron square berdekatan dengan Taman Rama-rama dan Bee Farm  sempena cuti sekolah sehingga 31 Dicember 2017. 11 December sehingga 14 December ekspo tutup selama 4 hari. Selepas tarikh itu kami akan beroperasi seperti biasa. Nak cerita barangan yang di jual ialah pakaian wanita, kanak-kanak dan lelaki, barangan gadget, Baju sejuk, kasut dan lain-lain lagi. Harga serendah RM5 tau.

Jika bercuti ke Cameron Highland , jangan lupa singgah di Cameron Square. senang sahaja nak cari sebab betul-betul tepi jalan. Kami buka dari 9 pagi sehingga 12 malam. Kalau nak jumpa saya datanglah di booth Zara Kid Butique. Terdapat juga mini fun fair di Cameron square untuk anak-anak bermain dan juga ada penginapan di Nova Highland Resort yang super cantik. Jom bercuti ke Cameron Highland.


One Bedroom Suite Twin Living Room



One Bedroom Suite Twin Bedroom


Two Bedroom Suite Room 1

Photo credit : http://aranda-nova-cameron.com