Jan 13, 2018

Resepi Sambal Ikan Bilis sangat mudah dan simple

Bahan-Bahan

Cili Kering
2 Biji Bawang Besar
3 ulas bawang putih (untuk bau wangi masakan)
Belacan sikit
Ikan Bilis
Garam (Secukup)
1 Asam Gelugor
Minyak Masak

Cara Masakan
  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing .
  2. Selepas garing, keluarkan dan letak di atas pinggan terlebih dahulu.
  3. Kisarkan Cili kering terlebih dahulu, selepas itu masukkan bawang besar serta kisarkan, masukkan sedikit belacan sahaja.
  4. Panaskan minyak semula, masukkan bahan kisar . Tumis dan masukkan 3 ulas bawang putih (ditumbuk sikit sahaja) sehingga naik bau dan pecah minyak.
  5. Masukkan ikan bilis yang telah di goreng, kacau rata
  6. Setelah itu, masukkan 1 asam gelugor.
  7. Kacau-kacau dan garam secukup rasa. Siap. 
  8. NAK LAGI SEDAP TAMBAH PETAI DAN UDANG.SELAMAT MENCUBA

p/s: resepi mak saya yang sangat simple


6 comments:

  1. Simple nya resepi. Nak try buat lah.

    ReplyDelete
  2. X minat sgt sambal. Tp kalau org lain buat, ray makan je. Haha

    ReplyDelete
  3. Cikla kalau makan ikan bilis goreng dengan cili mmg tak pandang lauk lain dah. Mmg sedap tak ingat.. Mau bertambah tambah mkn...

    ReplyDelete
  4. ada tempe lagi sedap goreng kasi garing mkn dgn nasi panas2

    ReplyDelete
  5. Tips yang last tu best.. Tambah petai.. pergh.. Memang ohsemlah..

    ReplyDelete
  6. biasa buat ni, atiah.
    tapi aida lebih sambal nyer.
    letak petai.
    boleh gak letak kentang goreng.

    ReplyDelete