Feb 26, 2018

Giveaway Top Commentator by Atiah Mulkan




Salam,
sebenarnya dah lama terpikir nak buat segmen ini, tapi belum kesempatan. Tapi harini macam rajin nak buat. Segmen ini akan berlangsung sehingga hujung bulan March  untuk memberi peluang kepada blogger yang lain  sebagai top commentator di blog saya. Saya nak bagi special hadiah trip travel yang atiah pernah pergi di Sabah,Indonesia dan China. Jadi kalau nak hadiah ni boleh comment banyak-banyak di semua entri.  Hanya Top-3 Comment sahaja yang dapat hadiah dari saya.


Top commentators pada 25/2/2018

Syarat Top commentator

  1. Nak jadi top commentator haruslah follow blog INI
  2. Kalau rajin buat entri mengenai segmen ini 'Giveaway Top Commentator by Atiah Mulkan', senang kan.


Feb 21, 2018

Travel Totebag by Ana Suhana


Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

Hi semua, jom join contest Travel Totebag by Ana Suhana, giveaway ini berlangsung dari 11 Feb sehingga 28 Feb 2018. 

Feb 10, 2018

Limau Nipis Ubat Sakit Kepala

Related image


Sakit Kepala kalau datang, memang tak boleh nak buat kerja apa-apa. Atiah memang jarang sakit kepala tapi bila datang sekali memang sakit dia tak tahu nak cakap apa.

Jadi cara paling mudah mengatasi sakit kepala ialah anda perlu kan dua biji limau nipis. Limau nipis itu dibelah dua. Campurkan sedikit air lalu digosok pada kepala beberapa kali. Insya Allah sakit kepala akan hilang.

Jika diamalkan selalu boleh menghilangkan kelemumur di kepala serta dapat menyihatkan rambut.


Sumber : Buku Panduan Petua Untuk Keluarga

Feb 7, 2018

Buah Delima Ubat Kurus

Tahukah anda buah delima yang dicampurkan dengan garam dapat membantu mengatasi masalah gemuk.

Caranya ambil tiga biji buah delima yang masih muda, tumbuk sehingga halus kemudian campurkan dengan air yang suam, campur sedikit garam dan tapis hingga menjadi airnya segelas.

Minumlah ramuan ini selama seminggu. Berat badan anda akan turun . Jangan terlalu banyak minum air ini kerana badan anda akan menjadi terlalu kurus.

Photo credit: Google.com
Sumber: Buku Panduan Petua Untuk Keluarga

Bestnya join GALS, hadiah untuk 5 PEMENANG

Seronok tau join giveaway LubukSeni.com





So far, puas hati dengan hadiah yang di-offer. Selain spesis jarang ditemui, hadiah meleleh tu untuk ramai pemenang. Kali ni, pemenang untuk 5 orang. Ramai tuhhh, rugi la tak join kanss.







Nak join giveaway? Klik je gambar bawah ni ya!


Restoran Wing Zone, Paling sedap ayam wing




Salam,
Harini saya nak share makanan kegemaran saya,  tak terkira dah berapa kali  makan dekat Wing Zone ini. Siapa suka makan ayam wing? siapa suka saya memang recommend Wing Zone. Restoran Wing Zone ini hanya terdapat di Negeri Perak sahaja di buka di Kampar, Jusco Manjung  dan Ipoh. Wing Zone ini berasal dari USA. Di Malaysia di jamin Halal. Selain dine in Wing Zone juga boleh delivery ke rumah anda.

Ayam Wing Zone mempunyai pelbagai jenis flavour dari tahap kepedasan mild sehingga hottest

Feb 5, 2018

Menghilangkan Parut di Muka


Image result for daun lidah buaya

Parut antara paling susah untuk di hilangkan, mengambil masa yang lama untuk pulih terutama parut dari kesan jerawat atau luka. Bagi menghilangkan parut ada banyak cara antara rawatan tradisional  yang boleh kita amalkan ialah daun lidah buaya. Caranya adalah ambil sehelai daun lidah buaya, kikis dan ambil lendirnya sapukan pada muka anda.

Lakukan cara ini sehingga anda memperolehi kesannya. Anda boleh lakukan setiap hari jika ingin cepat pulih. Itu kalau rajin, sekarang dah ada jual gel aloe vera brand Natural Land, Natural Republic dan banyak lagi , jadi sapu sahaja lebih senang dan cepat. Yang penting beli yang Original ya.


Sumber : Panduan Petua Untuk Keluarga

Feb 4, 2018

Review Hotel Jen Penang



Harini nak review Hotel Jen Penang, Siapa pernah menginap dekat sini? Hotel Jen ini adalah 4 star hotel berada di Georgetown berdekatan dengan UNESCO World Heritage Site dan shopping areas. Servis dan kemudahan yang terdapat di hotel ini adalah Free Wifi di semua tempat, mempunyai swimming pool,  24 jam Gym, terdapat sauna dan steam room dan massage treatment. Saya dan keluarga menginap satu malam di hotel ini pada minggu lepas. Tujuan kami menginap di sini di sebabkan berdekatan dengan Mmall. Selain itu boleh walk in sahaja ke Komtar , 1st Avenue Mall dan Prangin Mall. 

Feb 2, 2018

Kedai Repair Iphone Murah di Ipoh

Ini kali kedua Iphone saya screen crack. first kena masa 2014, tetiba malang tak berbau kejadian berulang screen crack sebab kecuaian sendiri. Masa kena dulu nangis dalam hati kena bayar RM350 Iphone 5s. Saya dah pakai dari 2013 tau, sampai sekarang masih pakai dan elok lagi cuma tulah bila screen crack tak boleh nak cakap apa lah, tapi kalini saya dapat cari kedai repair Iphone di Ipoh. Harga pun murah RM120 sahaja bagi Iphone 5s. Sesiapa yang masalah yang sama seperti saya, selain repair Iphone, laptop computer pon boleh . Sebelum datang ke kedai, anda perlu membuat appoinment terlebih dahulu, dan kalau nak request di luar sekitar area ipoh pon boleh. Selain di Ipoh  di buka juga di Ampang Kuala Lumpur . Thank you Radikel Tech My service tip top tak sampai sejam dah siap. 

Nak tahu lebih lanjut boleh follow :-

Radikel Tech My
Greentown Business Centere
Building Celcom Centre Floor 4, C-4-4